Friday, 24 February 2012

AKTIVITI 2009


KEM MOTIVASI

PASTA telah mengadakan kem motivasi untuk semua pelajarnya pada 17 – 20 Ogos bertempat di Pusat Ko-Kurikulum JPNT di Pulau Redang. Ia bertujuan untuk memberi kesedaran dan motivasi mengenai peranan pelajar dalam permainan sepaktakraw, kesedaran pelajaran dan kerohanian. Ia dikelolakan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.


Secara kesimpulannya, program ini berjaya memberi kesedaran kepada pelajar mengenai peranan dan cabaran yang akan dihadapi dan berpendapat ia perlu diadakan setiap tahun.
 


MAJLIS-MAJLIS RASMI

i) Majlis Penyerahan Geran Tahunan MSN 2009


Majlis berkenaan telah diadakan di Wisma Darul Iman pada 15 Januari 2009 yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Badawi kepada Pengerusi PASTA dengan cek sumbangan berjumlah RM 30,000.00.


ii) Majlis penghargaan bekas pelajar dan serahan tajaan pakaian sukan


Majlis tersebut telah diadakan pada 16 Februari 2009 yang diadakan di Dewan Setia Budi, SMK Padang Midin. Anugerah dan penyampaian tajaan disempurnakan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu. Sijil-sijil penghargaan telah disampaikan kepada bekas pelajar-pelajar PASTA yang berjaya mewakili Terengganu dan dan pasukan Kebangsaan

 

KEMASUKAN PELAJAR PASTA KE IPTA

Sebagaimana tahun-tahun sebelum ini, terdapat pelajar lepasan PASTA berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA. Pada tahun 2009, tiga bekas pelajar PASTA ( lepasan SPM) telah terpilih ke Universiti Malaya dan UPSI dalam jurusan Sains Sukan.
 


No comments:

Post a Comment