Friday, 24 February 2012

LAWATAN BERMAKLUMAT 2010


PASTA telah mengadakan satu Lawatan Bermaklumat ke Pulau Langkawi, Kedah pada 01 Julai -03 Julai 2010. Lawatan ini melibatkan 31 orang pelatih PASTA dan 8 orang pegawai pengiring. Antara objektif lawatan ini adalah untuk:

1. Meningkatkan motivasi dan minat pelatih-pelatih PASTA dalam sukan
sepak takraw.
2. Memberi pendedahan kepada pelatih-pelatih berkaitan persekitaran dunia luar.
3. Mengeratkan silaturahim di antara pelatih-pelatih PASTA dan belia di Pulau Langkawi.
4. Memupuk semangat kepimpinan dalam kalangan pelajar.
5. Memupuk semangat murni, semangat ingin tahu dan cinta akan ilmu.


 

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang lawatan ini berlangsung adalah:
 
-Mengadakan perlawanan persahabatan sepak takraw antara pelatih-pelatih PASTA dan belia Langkawi
-Lawatan ke Pantai Cenang, Padang Mat Sirat, tempat Pembuatan Minyak Gamat, Makam Mahsuri dan persekitaran kereta kabel.

 

Secara keseluruhannya lawatan ini telah berjaya mencapai objektif yang telah dirancang. Lawatan ini memberikan pengetahuan dan pengalaman yang baru kepada pelajar-pelajar terutama sekali yang belum pernah menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi. Diharapkan di masa-masa akan datang, lawatan bermaklumat ini dapat diteruskan untuk pembelajaran pelajar selain di dalam kelas.

No comments:

Post a Comment