SEJARAH PASTA
Pada tahun 1999, banyak pihak lebih cenderung merumuskan kegagalan Malaysia mempertahankan kejaguhan dalam sukan sepak takraw sama ada di Sukan Sea atau Sukan Asia kebelakangan ini adalah kerana kekurangan pemain pelapis berwibawa serta tiada kemajuan teknik dalam permainan.
Apa yang jelas, dua alasan ini begitu kukuh dan boleh diterima pakai. Malah Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) sendiri membubarkan pasukan pelapis yang pernah ditubuhkan beberapa tahun lalu kerana kurangnya kualiti yang dipamerkan pemain pilihan.
Untuk mencari pelapis berwibawa bukan satu tugas mudah. Jika hanya berbakat tetapi dihidangkan dengan asuhan kurang sempurna, besar kemungkinan hasilnya tidak sejauh mana.
Atas hakikat inilah, Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSNT) menubuhkan Program Akademi Sepak Takraw Terengganu (PASTA) yang dirasmikan pada 15 Mei 1999 oleh Dato’ Seri Amar Diraja Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad di Hotel Park Inn, Kuala Terengganu.
Terengganu adalah negeri pertama menubuhkan akademi sepak takraw yang mendapat sokongan penuh daripada Jabatan Pelajaran serta Kerajaan Negeri.
Menurut Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penyelaras Program,
Dr. Mohammad b. Omar, PASTA ditubuhkan untuk mengenalpasti, memupuk dan
mengetengahkan bakat sepak takraw di peringkat akar umbi bagi memburu
kecemerlangan sehingga ke tahap tertinggi untuk mengembalikan kegemilangan yang
dimiliki negara sebelum ini.
“PSNT perlu mendapatkan kerjasama daripada Jabatan Pendidikan dan Sekolah kerana bakat muda ini perlu dipupuk dari peringkat sekolah lagi dan semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam menjayakan program ini.
PASTA bertujuan mengenalpasti, mengasuh dan mengembangkan bakat sepak takraw secara sistematik, bersepadu dan berterusan bagi menyediakan pemain berwibawa untuk mewakili negeri dan seterusnya negara.” kata Dr. Mohammad b. Omar yang juga Timbalan Yang Dipertua PSNT.
Empat pemain termasuk tiga pelajar disenaraikan bersama 24 anggota Skuad Gemilang 2001 adalah bukti Terengganu mampu menyumbangkan sesuatu kepada sepak takraw negara.

Walaupun bangga dengan perkembangan itu, Dr. Mohammad
berkata, ia tidak memadai dan PSNT mahu menjadikan PASTA sebagai tapak kepada
pembangunan pemain lebih berkaliber.
“Sasaran kami adalah pemain di bawah umur 15 tahun, iaitu penuntut Tingkatan Satu, Dua dan Tiga. Kami memilih 10 pemain sebagai perintis untuk program ini.
Jumlah ini akan ditingkatkan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada persetujuan semua pihak dalam usaha meningkatkan mutu permainan sepak takraw.

Sepuluh pelajar terbabit masing-masing empat orang tekong, tiga apit kiri dan tiga apit kanan dipilih berdasarkan prestasi dalam satu kejohanan bawah 15 tahun, Mac dan April lalu.
Pelajar terbabit adalah:
1. Azwan Nizam Ayob (SMK Bukit Besar)
2. Hafiz Abdul Razak (SMK Kompleks Mengabang Telipot)
3. Mohd Nazori Hashim (SMK Gong Badak)
4. Mohd Hafiz Jusoh (SMK Ibrahim Fikri)
5. Tengku Shaharuddin Tengku Besar (SMK Sultan Ahmad)
6. Mohd Yuza Mohd Yusof (SMK Bukit Besar)
7. Mohd Khairul Anuar Ainan (SMK Tengku Ampuan Intan)
8. Mohd Shawal Hashim (SMK Tengku Lela Segara)
9. Mohd Nasiruddin Manjur (SMK Bukit Besar)
10. Mohd Hami Khairi Muhammad Roslan (SMK Tengku Lela Segara).
Selain bakat, faktor lain juga termasuk prestasi akademik,
tahap disiplin, keizinan ibubapa serta kesediaan mematuhi syarat tawaran
program juga diambil kira.
Mereka akan menjalani latihan di SMK Padang Midin dan belajar di sekolah berkenaan bermula 5 Jun 1999.
Segala keperluan seperti kemudahan kewangan, pakaian pemain dan kemudahan sukan itu akan ditanggung oleh PSNT dan kami juga memberi subsidi yuran asrama dan yuran sekolah,” katanya.
Panel jurulatih diketuai Abdul Ghani Abdullah dan tiga lagi bekas pemain kebangsaan akan membuat deraf modul latihan yang sistematik untuk melatih pemain yang terbabit dalam program yang dirancang itu.
-Harian Metro 26 Mei 1999-

No comments:
Post a Comment