Friday, 24 February 2012

KEJOHANAN 2009

PENYERTAAN KE KEJOHANAN

Pelajar-pelajar PASTA telah menyertai beberapa kejohanan, samada mewakili pasukan sekolah, MSSD, MSSM atau ke Kejohanan peringkat daerah dan negeri.


Antara kejayaan pelajar PASTA adalah seperti berikut:

- Johan bawah 15 dan 18 tahun MSSD-KT(U)
- Johan bawah 18 dan Naib Johan 15 tahun MSSM(T)
- Johan bawah 18 dan ketiga bawah 15 tahun MSSM di Seremban
- 8 orang pemain PASTA mewakili MSSM(T)
- Seorang pemain apit kanan dipilih sebagai pemain terbaik



TARIKH / TEMPAT / KEJOHANAN /PENCAPAIAAN / ULASAN

20-21/2/2009 : Gelanggang Budaya, Kuala Terengganu : MSDKT(S) :
                  Johan B-15 dan B-18 
                  Pemain tidak menghadapi tekanan. 
                  Memberi persembahan terbaik
 
26-27/2/2009 : Dewan Berlian, Kemaman : MSSMT :
                   Johan B-18 dan Naib Johan B-15
                   Pemain menerima tekanan mental oleh 
                   sorakan penyokong tuan rumah. 
                   Seramai 8 orang pemain terpilih mewakili 
                   Negeri Terengganu ke MSSM di Negeri Sembilan.
 
8-14/3/2009    : Kompleks Sukan Paroi, Negeri Sembilan: MSSM :
                   Johan B-18 dan Tempat ke-3 B-15 
                   8 pemain dari PASTA mewakili MSSMT bagi 
                   kategori B18 dan B15

18-19/4/2009  : SK Pulau Serai,Dungun : Kejohanan Jemputan Dungun :
                    Tewas di pusingan kedua
                    Pelajar gemuruh menghadapi pemain-pemain 
                    yang lebih senior
 
24-25/4/2009 :  Gelanggang Budaya Kuala Terengganu :

                    Kejohanan Terbuka Anjuran GPMS :
                    Tewas dipusingan kedua 
                    Pemain hilang keyakinan apabila berhadapan dengan 
                    pemain-pemain senior yang mewakili Negeri Terengganu
 
9-10/7/2009    :  Gelanggang Teluk Paku : Terbuka Belia:

                     Tempat Ketiga 
                     Pemain boleh menyesuaikan diri dalam
                     menghadapi tekanan
 
19-20/7/2009  :  Gelanggang Kubang Bujuk : Terbuka Belia :

                      Kalah suku akhir
                      Pemain menunjukkan peningkatan dalam permainan
 
30-31/7/2009  : Universiti Malaysia Terengganu Terbuka UMT :

                       Kalah suku akhir 
                       Pendedahan pemain junior untuk kejohanan sebenar
 
19/8/2009         : Pulau Redang : Perlawanan Persahabatan dengan 

                                Belia Pulau Redang :
                        Menang (3 regu) 
                        Sempena kursus motivasi di Pulau Redang

 

PASTA telah menghantar dua regu ke kejohanan Sepak Takraw KFC- Utusan pada tahun ini dan berjaya mendapat tempat ke tiga dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM800.00

Sementara itu, dalam kejohanan bawah 21 tahun Terengganu, regu A PASTA telah muncul Johan menewaskan regu A SUKMA Terengganu.


PASTA akan berusaha menyertai sebanyak mungkin perlawanan yang kompetetif didalam dan luar Terengganu pada tahun-tahun hadapan.


No comments:

Post a Comment